We have new forums at NiteshKothari.com
TopBottom
Announcement: wanna exchange links? contact me at clwolvi@gmail.com.

Yuna dan sebenarnya

Posted by dari admin: at Saturday, May 30, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit



Aku rasa tak payah bagitahu pun korang semua dah tahu, betul tak,, inilah awek yang digelar Yuna,,first time aku dengar lagu dia memang best lah, sebab dia takdelah poyo ikut trend ala-ala lagu seberang,, tapi dia hasilkan lagu dengan cara nya sendiri,,,tabik buat Yuna (aku ni peminat dia hehe)

oklah mungkin korang nak tahu serba sedikit ttg Yuna

Nama sebenar: Yunalis Zarai
Komersial: Yuna
Usia: 22 tahun
Tarikh lahir: 14 November 1986
Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
Hobi: Menonton filem
Idola: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990).
Pendidikan: Masih menuntut dalam tahun akhir di UiTM Shah Alam dalam ijazah Undang Undang
Emel: yunaroomrecords@gmail.com

ok aku juga ingin petik sedikit maklumat dari sebuah media,,kemudian aku oleh sikit buat ala-ala soal jawab,, jom layannnn

Apa perasaan Yuna apabila pertama kali muncul dengan imej betudung yang agak jarang ada pada kebanyakan artis?


Mulanya saya gentar dan wujud pandangan skeptikal, mampukah gadis bertudung yang bergerak secara bebas seperti saya boleh diterima. Macam-macam bermain dalam minda, malahan, saya pernah diejek sewaktu kali pertama membuat persembahan. Dengan imej saya yang sebegini, mungkin ada yang memandang lain macam.


Kalau macam tu bagaimana Yuna menangani perasaan tersebut? maklumlah artis baru kan

Saya harus berfikiran positif, lupakan perkara negatif yang mungkin mendorong saya daripada tidak terus berkarya. Saya lakukan ini semua bukan kerana glamor mahupun wang ringgit, ia adalah hobi dan keghairahan saya. Saya juga belum layak untuk berada di arus perdana kerana masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki


Oh yer tentu ramai yang nak tahu, terutama mereka yang bercadang nak membeli album anda, adakah kesemua lagu Yuna berentak perlahan?

Bukan semua lagu saya berentak perlahan dan melankolik. Mungkin apabila ada yang mendengar lagu Deeper Conversation, mereka mengandaikan suara saya persis penyanyi luar negara. Hakikatnya saya memperjuangkan muzik pop rock dan rata-ratanya lagu yang dihasilkan berkait dengan pengalaman diri sendiri dan cerita kawan.

0 comments:

Post a Comment